anuarpqs.blogspot.com
this site the web

Salam perkenalan dengan ucapan assalamualaikum untuk rakan-rakan seperjuangan dan anak-anak didiku- Pelajar-pelajar Sains Agama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam Sungai Air Tawar Selangor.

Laman blog ini dibina untuk kemudahan sebagai bahan rujukan kepada semua anak-anak didikku untuk meningkatkan keilmuan terutamanya dalam pelajaran Pendidikan Al-Quran As-Sunnah. Walaupun mungkin ianya tidak sesempurna seperti mana yang diharapkan tetapi mudah-mudahan ianya dapat memberi sedikit manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 5 Taufik dan Hidayah , buatlah yang terbaik dan niatkanlah segala usaha yang kita lakukan selama ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Ingatlah! Segala kejayaan bukan untuk orang lain tetapi untuk kesenangan diri anda sendiri di masa hadapan.

2 comments:

Ramli Abdul Rahim berkata...

salamatan wa tahiyyatan

tafadhol udkhul ila
http://friendismirror.blogspot.com

ImAn EiQyN berkata...

insyaallah ustaz...doakan kami yee

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies