AHLAN WA SAHLAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG

CEMERLANG AKADEMIK , GEMILANG SAHSIAH

TINGKAT USAHA DI TAHUN 2010 INI
09:54 | Author: soalanpqs
                Kepada semua pengunjung dan pelajar-pelajar sains agama SBPI Sabak Bernam terima kasih kerana anda masih lagi mengunjungi laman ini. Sama-samalah kita tingkatkan  usaha kita pada tahun ini, mudah-mudahan tahun 2010 ini lebih baik dari tahun lepas.
                Saya mengalu-alukan sebarang penambah baikan, lontaran idea, teguran dan komen  daripada anda semua. Anda boleh  emailkan kepada saya  anuarsarbani@yahoo.com .



PERSIAPAN TERAKHIR MENJELANG PEPERIKSAAN
11:41 | Author: soalanpqs
FAIL UNTUK DIMUAT TURUN.

Kepada semua pelajar yang mengambil Pendidikan Quran Sunnah SPM dan berminat untuk muat turun nota dan latihan boleh laksanakan niat anda pada laman ini.


JANGAN LUPA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH
12:50 | Author: soalanpqs


Ya Allah dengan rasa rendah diri kami menadah tangan memohon kepadamu agar engkau cemerlangkan kami dalam peperiksaan SPM yang akan kami hadapi nanti ya Allah ,Terangkanlah hati kami ya Allah, Jadikanlah kami ini dapat menjawab dengan mudah, tenang , betul ,cepat dan tepat ya Allah. Mudah -mudahan dengan kejayaan yang engkau kurniakan nanti dapat meningkatkan keimanan kami kepadamu ya Allah.

Selamat mengulangkaji pelajaran untuk anda semua khususnya kepada anak didik saya , pelajar putera dan puteri 5 Taufik dan Hidayah. Jangan lupa untuk memohon kepada Allah dan bertawakkal kepadanya agar kejayaan sentiasa bersama kita.
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan dan ruang waktu oleh Allah SWT untuk mengupdate semula blog yang telah lama menyepi dek kerana masa dan beban tugas yang kurang mengizinkan. Insyaallah selepas ini saya akan sentiasa menjenguk dan membuat sedikit penambahbaikan serta nilai tambah kepada blog ini. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sedikit manfaat kepada mereka yang memerlukannya.
Buat pelajar-pelajarku sekelian, bersiap sedialah antum semua dari sekarang bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Buatlah persiapan awal agar antum tidak kesuntukan masa untuk berjuang di medan peperiksaan.
Selamat berjuang . Wassalam
10:12 | Author: soalanpqs
Salam perkenalan dengan ucapan assalamualaikum untuk rakan-rakan seperjuangan dan anak-anak didiku- Pelajar-pelajar Sains Agama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam Sungai Air Tawar Selangor.

Laman blog ini dibina untuk kemudahan sebagai bahan rujukan kepada semua anak-anak didikku untuk meningkatkan keilmuan terutamanya dalam pelajaran Pendidikan Al-Quran As-Sunnah. Walaupun mungkin ianya tidak sesempurna seperti mana yang diharapkan tetapi mudah-mudahan ianya dapat memberi sedikit manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 5 Taufik dan Hidayah , buatlah yang terbaik dan niatkanlah segala usaha yang kita lakukan selama ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Ingatlah! Segala kejayaan bukan untuk orang lain tetapi untuk kesenangan diri anda sendiri di masa hadapan.