anuarpqs.blogspot.com
this site the web

Recent Photos

image
image
image

SOALAN PERCUBAAN PQS SPM SBP 2011
SKEMA SOALAN PERCUBAAN SPM PQS SBP 2011

RAHSIA MEREHATKAN MATA


Membaca dan mengulangkaji buku dan nota-nota untuk peperiksaan amat meletihkan badan anda. Oleh itu amatlah penting bagi anda untuk mengetahui cara-cara melegakan otak anda selepas selesai membaca.
Bacalah untuk tempoh yang tidak terlalu lama dan diselangi dengan sedikit masa rehat. Misalnya, baca untuk selama 45 minit atau 1 jam dan selepas itu berehat selama 10 minit. Hindari amalan membaca terus-terusan untuk suatu jangkamasa yang melebihi 1 jam. Ini kerana, otak anda yang letih sukar untuk menerima ilmu yang anda paksakan kepadanya.
Merehatkan Mata
Membaca boleh meletihkan mata. Ini akan mengganggu pembacaan yang seterusnya. Keadaan mata yang 'letih' wajar dielakkan kerana mata adalah 'saluran' pertama yang memasukkan semua ilmu ke dalam otak anda. Oleh itu amat perlu untuk 'merehatkan' mata anda pada setiap 1 jam.
Selepas mentelaah pelajaran selama 1 jam, bagaimanakah cara anda merehatkan diri anda? Adakah anda melompat terus ke atas katil? Awas! Teknik yang salah untuk merehatkan badan anda mungkin boleh 'merehatkan terus' otak anda daripada berfikir. Anda perlukan teknik yang sesuai untuk merehatkan mata dan melegakan otak anda.
Amalkan teknik-teknik di bawah ini.
Untuk merehatkan mata: Gosokkan kedua tapak tangan anda sehingga panas. Letakkan kedua tapak tangan anda itu pada mata anda. Lakukan sebanyak 3 kali.
Untuk menguatkan mata: Putarkan biji mata anda ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Buatkan 2 pusingan ke kiri dan 2 pusingan ke kanan.
Semasa anda sedang menumpukan sepenuh perhatian pada bahan bacaan, otot-otot mata anda akan menjadi kecut dan menegang.
Terdapat satu cara untuk melonggarkan ketegangan otot mata anda iaitu:
1. Pandang terus ke depan.
2. Tumpukan perhatian anda pada mata anda.
3. Cuba rasakan seolah-olah mata anda sedang 'membesar' dan bahagian dahi anda menjadi ringan dan longgar.
4. Urut bahagian-bahagian kepala anda supaya menjadi tenang dan ringan.
5. Tarik rambut anda segenggam demi segenggam (jangan sampai tercabut!).
6. Gosok dahi anda ke kiri dan ke kanan.
7. Dengan menggunakan tangan, sapu muka anda.
8. Sapu bahagian belakang tengkok anda.
9. Urut di kedua bahagian belakang telinga anda.
Lakukan senaman ini:
- Berdiri tegak
- Tarik nafas panjang
- Lepaskan nafas melalui mulut
Senaman ringan ini akan menambahkan input oksigen ke dalam otak anda. Ingat, otak juga perlukan oksigen untuk menjadi 'segar'. Ini akan memberikan tenaga baru bagi pembacaan anda yang seterusnya.
Jangan Lupa! kesemua teknik berkesan ini perlu anda amalkan dalam masa lebih kurang 10 minit selepas anda mentelaah pelajaran selama 1 jam.

JAWAB DENGAN CEMERLANG

Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 untuk semua pelajar-pelajar SBP Integrasi Sabak Bernam.

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

BERIKUT disenaraikan teknik  pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :


1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
3. Baca dan garis fakta.
4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
7. Susun fakta ( jika perlu ).
8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
10. Ulang hingga kamu puas hati.
11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.


Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.
Cara-caranya ialah :


* Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.
* Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja.
* Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
* Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
* Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.

GAMBARAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

Di bawah ini adalah gambaran manusia-manusia yang berdosa di padang mahsyar. Semoga menginsafkan kita semua. Allahualam.

MANUSIA BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

MANUSIA BERWAJAH BABI
Suka memberi dan menerima rasuah

MANUSIA YANG BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

MANUSIA YANG PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat dan kebajikan yang dilakukan kepada orang
lain.

MANUSIA YANG MEMPUNYAI TUBUH MENGALIR NANAH DAN DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu dan mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri
tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

MANUSIA YANG BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

MANUSIA BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

MANUSIA BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

MANUSIA YANG RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba seperti golongan yang digelar along atau ceti

MANUSIA YANG TIDAK BERTANGAN DAN TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti atau menyusahkan jiran sekeliling

MANUSIA YANG WAJAH DAN BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat dan lalai dalam solatnya hingga sering terlupa
rukun


PERUTNYA DIPENUHI ULAR DAN KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap
perniagaan dan lain-lain zakat

MANUSIA YANG BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

MANUSIA YANG TIDAK BERLIDAH DAN DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

MANUSIA YANG BERJALAN KAKI KEATAS DAN KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MANUSIA YANG MUKA HITAM DAN PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK DAN KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS DAN AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak atau segala jenis benda yang menghayalkan
seperti dadah dan lain-lain.

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN PEND.QURAN SUNNAH SPM

Tarikh                  : 8 Mei 2010 Jam 9.00-11 pagi
Tempat                 : Bilik Bahasa SBP Integrasi Sabak Bernam
Penceramah          : Ustaz Khairul Anuar Bin Lakimin
                              Guru Hal Ehwal Murid 
                              SAM Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar.
                              Ketua Pentaksir Kebangsaan ULBS Pend. Quran Sunnah.

Terima kasih Ustaz di atas segala ilmu yang dicurahkan

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN SPM

Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia 2009 kelas taufik dan hidayah kerana memperolehi keputusan yang cemerlang pada khamis 11/3/2010 yang lepas. Saya juga mengucapkan syukur kepada Allah kerana pelajaran Pendidikan Quran Sunnah khususnya, berjaya meningkatkan prestasinya walaupun terdapat seorang pelajar yang kurang bernasib baik iaitu memperolehi B+.
Walaupun saya sedikit terkilan kerana tidak semua pelajar mendapat A namun saya berjanji dengan kerjasama  pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2010 akan berusaha bersungguh-sungguh agar SPM tahun ini lebih baik dari tahun lepas insyaalah. Mudah-mudahan dengan usaha gigih dan tawakkal kepada Allah pelajar 5T dan 5H berjaya mendapat keputusan yang dicitakan . Ingat !!.... jangan lupa baca buku...

TINGKAT USAHA DI TAHUN 2010 INI

                Kepada semua pengunjung dan pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam terima kasih kerana anda masih lagi mengunjungi laman ini. Sama-samalah kita tingkatkan  usaha kita pada tahun ini, mudah-mudahan tahun 2010 ini lebih baik dari tahun lepas.
                Saya mengalu-alukan sebarang penambah baikan, lontaran idea, teguran dan komen  daripada anda semua. Anda boleh  emailkan kepada saya  .anuarsarbani@yahoo.com


 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies